Saturday, 14 January 2012

YB Hamidah bocor rahsia kerajaan negeri Perak!

Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir perlu mengkaji semula kedudukan YB Hamidah Osman Adun Sungai Rapat kerana kedudukan Dr Zambry berada di dalam keadaan yang terancam sekirannya masih mengekakalkan YB Hamidah di Perak.


Menurut sumber terbaru YB Hamidah telah mengadakan perjumpaan sulit dengan Bekas MB Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bersama Nga Kor Ming serta Ngeh Koo Ham di Hotel Sheween Ipoh.

YB Hamidah (BN) di katakan telah memberi beberapa maklumat penting rahsia kerajaan negeri Perak kepada Nizar, Nga dan Ngeh. Perkara ini berlaku kerana YB Hamidah mahu menyelamatkan kedudukannya di negeri Perak yang di lihat semakin hari semakin goyang. Banyak maklumat rahsia penyelewengan YB Hamidah sudah bocor dan sampai ke tangan Zambry.

YB Hamidah bercadang untuk lompat parti sekiranya namanya tidak tersenarai sebagai calon di PRU ke 13 nanti. Parpukari sebagai blogger upahan YB Hamidah memainkan peranan membantai Nga dan Ngeh tetapi tuannya menyerahkan nyawa mereka.

Segalanya sudah di rancang oleh YB Hamidah dan beliau memang arif dalam kerja-kerja seperti ini, YB Hamidah juga bijak menutup rahsia bagi mengelakkan pergerakan mereka di hidu oleh pegawai khas Zambry.

Wednesday, 11 January 2012

SADC di rompak oleh YB Hamidah


Berita baru dan panas, Yb Hamidah Exco Perak kini bagaikan cacing kepanasan dan bernekad untuk menyerang SADC Perak dengan menggunakan khidmat gangster cina upahan.

Hamidah akan menghantar gangster cina untuk mengugut SADC supaya menyerahkan tanah yang berukuran lebih 1000 ekar di Lawan Kuda, Gopeng, Perak.

Terdahulu SADC telah menyerahkan tanah seluas 1000 ekar tersebut kepada MB untuk di berikan kepada Badan Kebajikan Islam Perak.

Pada 19 Jan Kak Midah akan menghantar gangster cina untuk mengugut SADC supaya menyerahkan balik tanah tersebut kepada beliau.

Inilah kelebihan Hamidah dan adik beradiknya, beliau lebih licik dari Shahrizat Jalil, apa tidaknya baru jadi Exco negeri dah begitu pelabah balun duit rakyat, belum lagi jadi menteri.

Tidak hairanlah mengapa rumah Zurah bernilai 2.4 Juta, ini semua event mesti melalui Zurah 10, malah Malay Entrepreneurs di Perak pun tidak dapat membuat event kerana di sekat oleh Kak Midah.

Sunday, 1 January 2012

YB Hamidah buat hal lagi, beli bunga RM45K


Kak Midah dan adik beradiknya buat duit lagi, kali ini Hamidah & Co belanja sebanyak RM45 ribu semata-mata untuk beli bunga malam gala pelancongan.

Ini adalah satu penyelewengan yang di lakukan oleh Kak Midah, takkanlah bunga empat lima kuntum berharga RM45 ribu, memang tak logik.

Hamidah belanja wang kerajaan Perak RM45 ribu beli bunga untuk Dewan RPGC, ini adalah satu nilai yang mengarut dan sudah tentu kontrak tersebut milik kroninya.

Ini belum masuk lagi duit bayaran kepada penyanyi Ramli Sarip yang dikatakan mencecah harga RM15 ribu. Tapi dengar cerita Perlancongan Perak bayar Ramli RM5 ribu saja, selebihnya masuk poket Zurah.

Ini pun nak niaga ke? Patutlah kaki si Zurah mengepak panjang, tapi sayangnya Zurah cari duit rompak sana sini, laki dia perabih kat GRO. Duit haram selalunya habis pada kegiatan haram.

Inilah detik kegagalan Tahun Melawat Perak kerana Hamidah dan adiknya Zurah & Co mengunakan dana Tahun Melawat Perak untuk kepentingan mereka sendiri. Blogger proBN Parpukari memainkan peranan sebagai media untuk menutup penyelewengan yang dilakukan oleh Hamidah.

Parpukari sanggup menjadi tukang jilat Hamidah kerana dia tahu inilah peluang terakhir untuk dia buat duit.

Menteri besar Zambry Abdul Kadir perlu tangani masalah Exco Perak ini jika mahu BN selamat.

Wednesday, 23 November 2011

Salah guna kuasa... Visit Perak promosi negeri Perak atau YB Hamidah?




YB Hamidah Osman Exco Perak dilihat menyalah gunakan kuasa apabila beliau mengunakan sepenuhnya kempen tahun melawat Perak untuk mempromosikan dirinya.

Bukan setakat di laman web visitperak.my saja Midah mempromosikan dirinya , malah di media perdana HMetro juga kita boleh lihat gambar Hamidah lebih besar dari icon visit Perak.

Mungkin Hamidah rasakan dengan menaikkan namaya di ruang media perdana ianya boleh menutup segala penyelewengannya di Perak.

Kesempatan ini diambil kerana beliau menyedari jika beliau gagal mengekalkan kerusinya dalam pilihanraya akan datang amat sukar untuk beliau berhadapan degan tindakan SPRM.

Hamidah perlu jawab persoalan ini. Tahun melawat Perak digunakan untuk promosi negeri Perak atau untuk promosi diri Hamidah dan kenapa dana promosi tahun melawat perak di berikan kepada Zurah.

Dan persoalan yang amat penting disini , berapakah agaknya komisen yang Zurah dapat melalui promosi iklan-iklan di media perdana ini?

Friday, 18 November 2011

Panas! Pegawai khas exco Perak mahu pancung Pengarah Jabatan Negeri


Saya baru menerima sms daripada seorang teman yang tinggal di Perak.

Dalam smsnya, teman tersebut berkata,

Dengar khabar sorang daripada pegawai khas exco Perak sedang berusaha untuk menukarkan Pengarah Jabatan kerana enggan megikut cakap beliau bagi melakukan kerja puntuk menyelewengkan peruntukan di negeri Perak?

Pegawai khas exco Perak tersebut kini sedang sibuk mencari kesalahan dan menyiasat latar belakang pengarah tersebut di tempat lamanya.

Diberitahu Pengarah jabatan enggan mengikut arahan Pegawai Khas Exco tersebut kerana ianya melibatkan penyelewengan bagi peruntukan program besar tahun depan.

Cerita ini juga telah menjadi buah mulut rakyat negeri Perak. Pegawai khas exco ini dikatakan memiliki sebuah kereta mewah dan satu Perak tahu permainan jahatnya yang suka melaga-lagakan orang.

Siapa pegawai khas exco tersebut, tunggu nanti kami dedahkan lagi! Kepada Pengarah jabatan tersebut berhati-hatilah sebelum anda di pancung.

Kita tunggu dan lihat. Kebenaran pasti akan terbongkar.

Tuesday, 15 November 2011

YB Hamidah melatah lagi.. Kali ini di halau keluar rumah oleh suaminya.


YB Hamidah Osman nampaknya pandai bermain silap mata, terutamanya yang melibatkan wang rakyat. Pintar dan cekap DUN Sungai Rapat ini menyonglap duit rakyat. Nak Tanya YB Hamidah apa dah jadi dengan projek Visit Malaysia 2012?

Duit pelaburan dah habis lebur tapi hasilnya tak nampak langsung? Semua projek di berikan kepada adiknya Zurah (Zurah 10) . Zurah buat banner/bunting habis RM12 Ribu, entah apalah buat apa dengan duit RM12 ribu tu? promosi tak nampak jugak?

10% duit bajet Visit Perak YB Hamidah asingkan untuk keluarganya, Semua projek di Perak Zurah 10 sapu, jadi tidak hairanlah kenapa Zurah boleh beli rumah macam rumah menteri dan guna kereta Mercedes-Benz baru… Pegawai khas menteri pun tak mampu beli guna kereta mewah seperti itu…

Parpu kari dapat lah buat job buat website, buat website harga RM2000 dicas sebanyak RM30 ribu. Hebat betul diaorang ni sebat duit rakyat.

Kak Midah juga menguna bajet kerajaan negeri bawa keluarga ke London, bersiar-siar, shopping macam orang kaya di Kota London… Midah tidak fikir ke? bagaimana jika rakyat mengetahui segala rahsianya ini.. Memang melingkuplah UMNO Perak sebab salah laku Kak Midah ini.

Laporan Seranta, Kemas, MIO juga menyatakan Kak Midah mempunyai banyak masalah besar di DUN Sungai Rapat.. Terdapat tiga laporan besar SPRM yang disabitkan dengan Kak Midah ini.

Nak tak nak Kak Midah meminta pertolongan nyawa dengan MB Perak Zambry, namun perkara ini tidak di indahkan oleh Zambry. Keadaan Kak Midah bertambah tertekan apabila Parpukari tak habis-habis datang ke rumah Kak Midah untuk minta duit dan mengugut Kak Midah.

Uguttan Parpukari ialah segala penyelewengan Kak Midah akan di bongkarkan di dalam blog House PK sekiranya Kak Midah gagal membayar wang tututannya. Parpukari mahu wang dimasukkan RM30 ribu seperti biasa ke dalam akaunnya, tidak termasuk dengan wang belanja hariannya.

Akhirnya cerita ini diketahui oleh suami Kak Midah dan sekarang ni dilarang balik kerumah!

Untuk menyelesaikan masalah ini Kak Midah terpaksa pergi ke rumah bekas Pengerusi Perhubungan Perak, Tajol dan merayu kepada Tajol supaya pujuk Zambry…

Zurah pula menghilang ke KL, dengar cerita baru balik shopping dari Dubai.

Monday, 7 November 2011

Hamidah baiki rumah RM50,000 , Bina sebuah rumah RM30,00 ?


Hamidah Osman nampaknya pandai bermain silap mata.Terutamanya yang melibatkan wang rakyat.Pintar dan cekap DUN Sungai Rapat ini menyonglap duit rakyat. Apa tidaknya? Dia mendapat peruntukan RM250,000 untuk membaiki 50 buah rumah orang-orang miskin - setiap rumah akan mendapat peruntukan RM50,000 katanya.

Tetapi, nampaknya, membina sebuah 'rumah baru' adalah lebih jimat iaitu RM30,000 sahaja - jauh lebih murah dari 'membaiki rumah lama'. Kalau begitu, bukankah lebih baik membina rumah baru daripada membaiki rumah yang lama itu?

Projek membaiki rumah yang menelan kos RM50,000 setiap satu ini terlalu mahal.Memang tidak masuk akal.Tengoklah betapa pintarnya Mak Andeh ini bermain silap mata.




Saya bagi pihak rakyat ataupun wakil DUN Sungai Rapat mengucapkan terima kasih kepada One MDB, Satu Malaysia Development Bhd kerana memberi peruntukan RM250,000 untuk seluruh Dun Sungai Rapat bagi membaiki 50 buah rumah yang mana setiap rumah bernilai RM50,000.

Alhamdulillah dengan adanya peruntukan yang RM50,000 kita dapatlah membantu, membaiki rumah-rumah yang kita lihat telah uzur supaya mereka mendapat kesempurnaan dari segi persaan kerana ssetengah rumah itu ada yang telah bocor, ada dinding yang telah berlubang .errr telah dimakan anai-anai.

Jadi saya, ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menyediakan peruntukan dibawah One MBB Satu Malaysia Sdn Bhd , peruntukan RM250,000 bagi membaiki 50 buah rumah dan insya’Allah kerja-kerja ini akan dijalankan secepat mungkin dan rumah-rumah ini dijangka akan siap selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Cuba pula lihat laporan blogger pengampu Hamidah, yang saya copy dan paste sahaja berikut :


Wednesday, November 2, 2011

Derita Mohd Ramli @ Professor akhirnya Berakhir



Dulu saya pernah keluarkan isu ini dimana ada seorang warga tua yang mempunyai seorang anak OKU tinggal dalam keadaan begitu daif. Tidak sampai sebulan perkara ini dihebahkan akhirnya Pak Cik Ramli berjaya mendapat sebuah rumah baru. Ramli bakal menerima rumah baru dua bilik berharga RM30,000 yang kerja-kerja pembinaannya bermula minggu ini dikawasan tapak bahagian depan teratak lamanya.

Inilah hasl kerja Adun Sungai Rapat YB Dato Hamidah Osman meminta Yayasan Bina Upaya (YBU) bagi memberi bantuan membina rumah baru buat PakCik Ramli.

Pada hari ini satu majlis doa selamat telah diadakan di perkarangan rumah Pak Cik Ramli@Professor bagi memulakan pembinaan rumah baru buatnya.

YB Dato Hamidah mengucapkan terima kasih kepada YBU kerana sudi membantu beliau bagi membina rumah baru buat En Ramli dan beliau berharap banyak lagi bantuan-bantuan sebegini.

ADUN Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman yang juga Exco Kanan kerajaan negeri yang hadir merasmikan majlis telah berganding bahu bersama penduduk meletakkan tiang asas rumah baru itu.

Turut sama Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya, Dato’ Zainal Abidin Omar.

Ramli berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Datuk Hamidah yang merupakan wakil rakyat Sungai Rapat yang membantunya mendapatkan rumah baru itu.

“Sebagai golongan kurang berkemampuan saya melihat kerajaan hari ini sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat miskin kurang berkemampuan dan ini jelas membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan masalah rakyat,’’ katanya.

Ya, pelik bukan? Baiki rumah yang 'lama' peruntukannya RM50,000. Tapi bagaimana pula boleh membina sebuah rumah 'baru', saya ulang - membina sebuah rumah 'baru' untuk 'Professor' itu hanya RM30,000? Apa kejadahnya wahai Hamidah?