Wednesday 23 November 2011

Salah guna kuasa... Visit Perak promosi negeri Perak atau YB Hamidah?




YB Hamidah Osman Exco Perak dilihat menyalah gunakan kuasa apabila beliau mengunakan sepenuhnya kempen tahun melawat Perak untuk mempromosikan dirinya.

Bukan setakat di laman web visitperak.my saja Midah mempromosikan dirinya , malah di media perdana HMetro juga kita boleh lihat gambar Hamidah lebih besar dari icon visit Perak.

Mungkin Hamidah rasakan dengan menaikkan namaya di ruang media perdana ianya boleh menutup segala penyelewengannya di Perak.

Kesempatan ini diambil kerana beliau menyedari jika beliau gagal mengekalkan kerusinya dalam pilihanraya akan datang amat sukar untuk beliau berhadapan degan tindakan SPRM.

Hamidah perlu jawab persoalan ini. Tahun melawat Perak digunakan untuk promosi negeri Perak atau untuk promosi diri Hamidah dan kenapa dana promosi tahun melawat perak di berikan kepada Zurah.

Dan persoalan yang amat penting disini , berapakah agaknya komisen yang Zurah dapat melalui promosi iklan-iklan di media perdana ini?

Friday 18 November 2011

Panas! Pegawai khas exco Perak mahu pancung Pengarah Jabatan Negeri


Saya baru menerima sms daripada seorang teman yang tinggal di Perak.

Dalam smsnya, teman tersebut berkata,

Dengar khabar sorang daripada pegawai khas exco Perak sedang berusaha untuk menukarkan Pengarah Jabatan kerana enggan megikut cakap beliau bagi melakukan kerja puntuk menyelewengkan peruntukan di negeri Perak?

Pegawai khas exco Perak tersebut kini sedang sibuk mencari kesalahan dan menyiasat latar belakang pengarah tersebut di tempat lamanya.

Diberitahu Pengarah jabatan enggan mengikut arahan Pegawai Khas Exco tersebut kerana ianya melibatkan penyelewengan bagi peruntukan program besar tahun depan.

Cerita ini juga telah menjadi buah mulut rakyat negeri Perak. Pegawai khas exco ini dikatakan memiliki sebuah kereta mewah dan satu Perak tahu permainan jahatnya yang suka melaga-lagakan orang.

Siapa pegawai khas exco tersebut, tunggu nanti kami dedahkan lagi! Kepada Pengarah jabatan tersebut berhati-hatilah sebelum anda di pancung.

Kita tunggu dan lihat. Kebenaran pasti akan terbongkar.

Tuesday 15 November 2011

YB Hamidah melatah lagi.. Kali ini di halau keluar rumah oleh suaminya.


YB Hamidah Osman nampaknya pandai bermain silap mata, terutamanya yang melibatkan wang rakyat. Pintar dan cekap DUN Sungai Rapat ini menyonglap duit rakyat. Nak Tanya YB Hamidah apa dah jadi dengan projek Visit Malaysia 2012?

Duit pelaburan dah habis lebur tapi hasilnya tak nampak langsung? Semua projek di berikan kepada adiknya Zurah (Zurah 10) . Zurah buat banner/bunting habis RM12 Ribu, entah apalah buat apa dengan duit RM12 ribu tu? promosi tak nampak jugak?

10% duit bajet Visit Perak YB Hamidah asingkan untuk keluarganya, Semua projek di Perak Zurah 10 sapu, jadi tidak hairanlah kenapa Zurah boleh beli rumah macam rumah menteri dan guna kereta Mercedes-Benz baru… Pegawai khas menteri pun tak mampu beli guna kereta mewah seperti itu…

Parpu kari dapat lah buat job buat website, buat website harga RM2000 dicas sebanyak RM30 ribu. Hebat betul diaorang ni sebat duit rakyat.

Kak Midah juga menguna bajet kerajaan negeri bawa keluarga ke London, bersiar-siar, shopping macam orang kaya di Kota London… Midah tidak fikir ke? bagaimana jika rakyat mengetahui segala rahsianya ini.. Memang melingkuplah UMNO Perak sebab salah laku Kak Midah ini.

Laporan Seranta, Kemas, MIO juga menyatakan Kak Midah mempunyai banyak masalah besar di DUN Sungai Rapat.. Terdapat tiga laporan besar SPRM yang disabitkan dengan Kak Midah ini.

Nak tak nak Kak Midah meminta pertolongan nyawa dengan MB Perak Zambry, namun perkara ini tidak di indahkan oleh Zambry. Keadaan Kak Midah bertambah tertekan apabila Parpukari tak habis-habis datang ke rumah Kak Midah untuk minta duit dan mengugut Kak Midah.

Uguttan Parpukari ialah segala penyelewengan Kak Midah akan di bongkarkan di dalam blog House PK sekiranya Kak Midah gagal membayar wang tututannya. Parpukari mahu wang dimasukkan RM30 ribu seperti biasa ke dalam akaunnya, tidak termasuk dengan wang belanja hariannya.

Akhirnya cerita ini diketahui oleh suami Kak Midah dan sekarang ni dilarang balik kerumah!

Untuk menyelesaikan masalah ini Kak Midah terpaksa pergi ke rumah bekas Pengerusi Perhubungan Perak, Tajol dan merayu kepada Tajol supaya pujuk Zambry…

Zurah pula menghilang ke KL, dengar cerita baru balik shopping dari Dubai.

Monday 7 November 2011

Hamidah baiki rumah RM50,000 , Bina sebuah rumah RM30,00 ?


Hamidah Osman nampaknya pandai bermain silap mata.Terutamanya yang melibatkan wang rakyat.Pintar dan cekap DUN Sungai Rapat ini menyonglap duit rakyat. Apa tidaknya? Dia mendapat peruntukan RM250,000 untuk membaiki 50 buah rumah orang-orang miskin - setiap rumah akan mendapat peruntukan RM50,000 katanya.

Tetapi, nampaknya, membina sebuah 'rumah baru' adalah lebih jimat iaitu RM30,000 sahaja - jauh lebih murah dari 'membaiki rumah lama'. Kalau begitu, bukankah lebih baik membina rumah baru daripada membaiki rumah yang lama itu?

Projek membaiki rumah yang menelan kos RM50,000 setiap satu ini terlalu mahal.Memang tidak masuk akal.Tengoklah betapa pintarnya Mak Andeh ini bermain silap mata.




Saya bagi pihak rakyat ataupun wakil DUN Sungai Rapat mengucapkan terima kasih kepada One MDB, Satu Malaysia Development Bhd kerana memberi peruntukan RM250,000 untuk seluruh Dun Sungai Rapat bagi membaiki 50 buah rumah yang mana setiap rumah bernilai RM50,000.

Alhamdulillah dengan adanya peruntukan yang RM50,000 kita dapatlah membantu, membaiki rumah-rumah yang kita lihat telah uzur supaya mereka mendapat kesempurnaan dari segi persaan kerana ssetengah rumah itu ada yang telah bocor, ada dinding yang telah berlubang .errr telah dimakan anai-anai.

Jadi saya, ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menyediakan peruntukan dibawah One MBB Satu Malaysia Sdn Bhd , peruntukan RM250,000 bagi membaiki 50 buah rumah dan insya’Allah kerja-kerja ini akan dijalankan secepat mungkin dan rumah-rumah ini dijangka akan siap selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Cuba pula lihat laporan blogger pengampu Hamidah, yang saya copy dan paste sahaja berikut :


Wednesday, November 2, 2011

Derita Mohd Ramli @ Professor akhirnya Berakhir



Dulu saya pernah keluarkan isu ini dimana ada seorang warga tua yang mempunyai seorang anak OKU tinggal dalam keadaan begitu daif. Tidak sampai sebulan perkara ini dihebahkan akhirnya Pak Cik Ramli berjaya mendapat sebuah rumah baru. Ramli bakal menerima rumah baru dua bilik berharga RM30,000 yang kerja-kerja pembinaannya bermula minggu ini dikawasan tapak bahagian depan teratak lamanya.

Inilah hasl kerja Adun Sungai Rapat YB Dato Hamidah Osman meminta Yayasan Bina Upaya (YBU) bagi memberi bantuan membina rumah baru buat PakCik Ramli.

Pada hari ini satu majlis doa selamat telah diadakan di perkarangan rumah Pak Cik Ramli@Professor bagi memulakan pembinaan rumah baru buatnya.

YB Dato Hamidah mengucapkan terima kasih kepada YBU kerana sudi membantu beliau bagi membina rumah baru buat En Ramli dan beliau berharap banyak lagi bantuan-bantuan sebegini.

ADUN Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman yang juga Exco Kanan kerajaan negeri yang hadir merasmikan majlis telah berganding bahu bersama penduduk meletakkan tiang asas rumah baru itu.

Turut sama Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya, Dato’ Zainal Abidin Omar.

Ramli berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Datuk Hamidah yang merupakan wakil rakyat Sungai Rapat yang membantunya mendapatkan rumah baru itu.

“Sebagai golongan kurang berkemampuan saya melihat kerajaan hari ini sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat miskin kurang berkemampuan dan ini jelas membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan masalah rakyat,’’ katanya.

Ya, pelik bukan? Baiki rumah yang 'lama' peruntukannya RM50,000. Tapi bagaimana pula boleh membina sebuah rumah 'baru', saya ulang - membina sebuah rumah 'baru' untuk 'Professor' itu hanya RM30,000? Apa kejadahnya wahai Hamidah?

Monday 31 October 2011

YB Hamidah mahu jadi MB Perak, kini tersepit diantara kuasa duit dan dot, dot, dot!

Siapa yang tak kenal parpukari?, jika ditanya kepada kalangan blogger Umno ramai yang akan mengatakan bahawa Parpukari buat kerja bukan untuk parti, tapi lebih kepada seorang blogger upahan.

Parpu dilihat buat kerja all out untuk menaikan nama YB Hamidah? Ini kerana kerakusan yang tidak berbelah bagi kepada Midah.


YB Hamidah yang terlalu berkhayal mahu jadi MB, sanggup di perbodohkan oleh Parpu dimana beliau membayar Parpu RM29k untuk mempromisikan dirinya dan pancung siapa sahaja yang mahu menghalang cita-citanya.

Hamdan Taha lah orang yang memainkan peranan dalam membantu membawa Salim aka Parpu ke Perak dan bekerja di Pejabat MB.

Parpu tahu YB Hamidah mempunyai impian besar, mahu jadi MB Perak. Salim aka Parpukari sering jilat Midah dengan memberi bantuan sebagai pengarang di unit media Perak.

Semua orang tahu impian Salim nak jadi setiausaha media ni, padahal tulis macam Pembawa lori mabuk.

Habis semua blogger otai di Perak Salim pancung! Malahan pernah beberapa kali blogger Umno Perak berpecah kerana Salim aka Parpukari ni.

Parpu percaya beliau akan hidup senang lenang jika YB Hamidah menjadi MB Perak, tapi siapa yang nak pandang Exco sampah yang mulut macam puaka ni.

Masalahnya, YB Hamidah semua orang dah tau sugar mummy Parpu, tapi sekarang, Suami Midah pula yang ada hubungan affair sama perempuan muda dari Kampar.

Kini YB Hamidah tercungap dan tersepit diantara kuasa, duit atau rumahtangga. Lagi membimbangkan, si Parpu pula kehilangan MB Perak yang tidak mau bayar dia satu sen pun dan Hamdan Taha terus hilang. Ini mesti kerja si botak dan Hanapiah Man.

Tuesday 25 October 2011

Sugar Mummy Parpukari Part 2 : Hubungan sulit dan penyelewengan Yb Hamidah...


Kalau dulu dikatakan YB Hamidah Osman, ini menghina penduduk miskin dengan memberi bantuan beras hancur 15 pratus.

Jadi orang kampung pun menyindir Hamidah, setakat beras hancur mereka pun tak ingin. Mereka pun makan beras hancur 5 peratus. Dakwa mereka Hamidah Osman punya kedekut, kedekut tahi hidung masin.

Berita terhangat pada waktu ini pula ialah hubungan sulit YB Hamidah Osman Exco Perak bersama blogger Umno Parpukari sudah tidak dapat disorokan lagi.. Keintiman mereka yang kerap kali bertemu di tempat mencurigakan kini menjadi bualan dibibir rakyat.


Wajarkah Exco Negeri berkelakuan sumbaang seperti ini? tu belum kena tangkap lagi! Kalau dash kena tangkap nanti jangan sembunyikan pula cerita ini. Sebenarnya Parpukari layan YB tua ni sebab nak kikis duit YB miang ni saja..

Khabarnya YB Midah telah songlap duit hasil ladang getah PCB. PCB kalau tak silap adalaah anak syarikat PKNP. MB Zambery juga salah seorang Pengerusi PKNP. Manakala Adik YB Midah adalah orang yang dipertangungjawabkan untuk mengutip wang dari tersebut.

Sehinggakan Zurah dikenali sebagai "Zurah 10", gelaran tersebut yang membawa maksud RM10 ribu adalah wang komisen yang di ambil belakang kakaknya.


Zurah juga telah membeli beberapa rumah mewah dan sepasang Lexus Alphard Velfire terbaru untuk kakanya dan Toyota Camry untuk Salim aka Parpukari.

MB Zambry Abdul Kadir perlu menjawab semua tuduhan ini dan menurut sumber yang di percayai SPRM ada membuat siasatan terhadap lapan kes penyelewengan yang dilakukan oleh Exco negeri yang kaya raya ini.

Midah Oh Midah dari Salim ke puncak nampaknya....

Monday 24 October 2011

Sugar Mummy Parpukari Part 1


Wah masyuk... Inilah sebahagiaan dari duit upahan sebagai blogger yang bernama Salim aka Parpukari, ianya didedahkan oleh blogger edyes.com. Dimana Parpukari menerima pendapatan puluhan ribu sebulan dan salah satu akaunnya mencecah RM80,000 manakala RM35,000 dalam akaun yang berasingan.

Persoalaannya siapakah yang menyalurkan wang sebegitu banyak kepada Parpukari?



Tak salah blogger dibayar gaji tiap-tiap bulan. Tak nampak ia salah ataupun berdosa disini. Blogger pun orang gak. Takan dia tak payah makan minum tidur bayar itu ini dan segala bagai kan?

Tapi bak kata perpatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali... kerana mulut badan binasa...



Secara umumnya semua orang tahu bahwa Parpukari dibela oleh seorang Mummy. Dimana Parpukari dan rakan karibnya Taipingmali @ Cikgu Najimy pernah dilihat bersama seorang YB perempuan tua ini....

Sekarang kita tahulah, YB ini yang bela parpukari menulis diblog HousePK , dengarnya juga YB ini menggunakan adiknya Zurah untuk menjaga Salim Parpukari. Segala kelengkapan dan kemahuan parpukari dituruti bagaikan anak diraja, yang penting kerja semua mesti jalan, mesti beres!

Bersambung.... Sugar Mummy Part 2... Siapa YB ini dan dari mana datangnya dana tersebut?