Tuesday, 15 November 2011

YB Hamidah melatah lagi.. Kali ini di halau keluar rumah oleh suaminya.


YB Hamidah Osman nampaknya pandai bermain silap mata, terutamanya yang melibatkan wang rakyat. Pintar dan cekap DUN Sungai Rapat ini menyonglap duit rakyat. Nak Tanya YB Hamidah apa dah jadi dengan projek Visit Malaysia 2012?

Duit pelaburan dah habis lebur tapi hasilnya tak nampak langsung? Semua projek di berikan kepada adiknya Zurah (Zurah 10) . Zurah buat banner/bunting habis RM12 Ribu, entah apalah buat apa dengan duit RM12 ribu tu? promosi tak nampak jugak?

10% duit bajet Visit Perak YB Hamidah asingkan untuk keluarganya, Semua projek di Perak Zurah 10 sapu, jadi tidak hairanlah kenapa Zurah boleh beli rumah macam rumah menteri dan guna kereta Mercedes-Benz baru… Pegawai khas menteri pun tak mampu beli guna kereta mewah seperti itu…

Parpu kari dapat lah buat job buat website, buat website harga RM2000 dicas sebanyak RM30 ribu. Hebat betul diaorang ni sebat duit rakyat.

Kak Midah juga menguna bajet kerajaan negeri bawa keluarga ke London, bersiar-siar, shopping macam orang kaya di Kota London… Midah tidak fikir ke? bagaimana jika rakyat mengetahui segala rahsianya ini.. Memang melingkuplah UMNO Perak sebab salah laku Kak Midah ini.

Laporan Seranta, Kemas, MIO juga menyatakan Kak Midah mempunyai banyak masalah besar di DUN Sungai Rapat.. Terdapat tiga laporan besar SPRM yang disabitkan dengan Kak Midah ini.

Nak tak nak Kak Midah meminta pertolongan nyawa dengan MB Perak Zambry, namun perkara ini tidak di indahkan oleh Zambry. Keadaan Kak Midah bertambah tertekan apabila Parpukari tak habis-habis datang ke rumah Kak Midah untuk minta duit dan mengugut Kak Midah.

Uguttan Parpukari ialah segala penyelewengan Kak Midah akan di bongkarkan di dalam blog House PK sekiranya Kak Midah gagal membayar wang tututannya. Parpukari mahu wang dimasukkan RM30 ribu seperti biasa ke dalam akaunnya, tidak termasuk dengan wang belanja hariannya.

Akhirnya cerita ini diketahui oleh suami Kak Midah dan sekarang ni dilarang balik kerumah!

Untuk menyelesaikan masalah ini Kak Midah terpaksa pergi ke rumah bekas Pengerusi Perhubungan Perak, Tajol dan merayu kepada Tajol supaya pujuk Zambry…

Zurah pula menghilang ke KL, dengar cerita baru balik shopping dari Dubai.

5 comments:

  1. Jika awak seorang yang beragama Islam mesti awak tahu apa hukum memfitnah

    "Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

    Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

    Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.

    ReplyDelete
  2. Ya... saya setuju 100% nasihat SRO mengenai fitnah.. Alangkah mulianya hati seseorang itu apabila menasihati yg lain tentang agama.

    Manusia yg berhati busuk dan kotor hanya bercakap di mulut tetapi kudis di hati. Blog SRO menyajikan fitnah yg keterlaluan banyaknya dan menonjolkan diri kamu sebagai manusia yg paling hina di sisi Allah.

    Janganlah tunjuk sangat sikap hipokrit kamu dgn menggunakan ayat2 agama. Bagi saya " nasihat yg paling baik adalah nasihat yg diberi oleh kita sendiri"...

    ReplyDelete
  3. ingat congankata baru tv9 'berkata benar walau pahit sekalipun'. salut untuk sdr. aziz desa.

    ReplyDelete
  4. SUNGAI RAPAT ONLINE <- anjing Midah. SRO cakap x serupa bikin... suluh muka lu kat cermin dulu. kita tau kau blogger upahan so tak payah cakap banyak!

    ReplyDelete
  5. SRO,Mengapa bohong menggunakan nama Nabi SAW. Perbuatan engkau itu amat dilarang agama.Berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu sedangkan ianya adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik.

    Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:

    Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

    ReplyDelete