Hamidah Osman nampaknya pandai bermain silap mata.Terutamanya yang melibatkan wang rakyat.Pintar dan cekap DUN Sungai Rapat ini menyonglap duit rakyat. Apa tidaknya? Dia mendapat peruntukan RM250,000 untuk membaiki 50 buah rumah orang-orang miskin - setiap rumah akan mendapat peruntukan RM50,000 katanya.
Tetapi, nampaknya, membina sebuah 'rumah baru' adalah lebih jimat iaitu RM30,000 sahaja - jauh lebih murah dari 'membaiki rumah lama'. Kalau begitu, bukankah lebih baik membina rumah baru daripada membaiki rumah yang lama itu?
Projek membaiki rumah yang menelan kos RM50,000 setiap satu ini terlalu mahal.Memang tidak masuk akal.Tengoklah betapa pintarnya Mak Andeh ini bermain silap mata.
Saya bagi pihak rakyat ataupun wakil DUN Sungai Rapat mengucapkan terima kasih kepada One MDB, Satu Malaysia Development Bhd kerana memberi peruntukan RM250,000 untuk seluruh Dun Sungai Rapat bagi membaiki 50 buah rumah yang mana setiap rumah bernilai RM50,000.
Alhamdulillah dengan adanya peruntukan yang RM50,000 kita dapatlah membantu, membaiki rumah-rumah yang kita lihat telah uzur supaya mereka mendapat kesempurnaan dari segi persaan kerana ssetengah rumah itu ada yang telah bocor, ada dinding yang telah berlubang .errr telah dimakan anai-anai.
Jadi saya, ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menyediakan peruntukan dibawah One MBB Satu Malaysia Sdn Bhd , peruntukan RM250,000 bagi membaiki 50 buah rumah dan insya’Allah kerja-kerja ini akan dijalankan secepat mungkin dan rumah-rumah ini dijangka akan siap selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Cuba pula lihat laporan blogger pengampu Hamidah, yang saya copy dan paste sahaja berikut :
Wednesday, November 2, 2011
Derita Mohd Ramli @ Professor akhirnya Berakhir
Dulu saya pernah keluarkan isu ini dimana ada seorang warga tua yang mempunyai seorang anak OKU tinggal dalam keadaan begitu daif. Tidak sampai sebulan perkara ini dihebahkan akhirnya Pak Cik Ramli berjaya mendapat sebuah rumah baru. Ramli bakal menerima rumah baru dua bilik berharga RM30,000 yang kerja-kerja pembinaannya bermula minggu ini dikawasan tapak bahagian depan teratak lamanya.
Inilah hasl kerja Adun Sungai Rapat YB Dato Hamidah Osman meminta Yayasan Bina Upaya (YBU) bagi memberi bantuan membina rumah baru buat PakCik Ramli.
Pada hari ini satu majlis doa selamat telah diadakan di perkarangan rumah Pak Cik Ramli@Professor bagi memulakan pembinaan rumah baru buatnya.
YB Dato Hamidah mengucapkan terima kasih kepada YBU kerana sudi membantu beliau bagi membina rumah baru buat En Ramli dan beliau berharap banyak lagi bantuan-bantuan sebegini.
ADUN Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman yang juga Exco Kanan kerajaan negeri yang hadir merasmikan majlis telah berganding bahu bersama penduduk meletakkan tiang asas rumah baru itu.
Turut sama Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya, Dato’ Zainal Abidin Omar.

Ramli berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Datuk Hamidah yang merupakan wakil rakyat Sungai Rapat yang membantunya mendapatkan rumah baru itu.
“Sebagai golongan kurang berkemampuan saya melihat kerajaan hari ini sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat miskin kurang berkemampuan dan ini jelas membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan masalah rakyat,’’ katanya.

Ya, pelik bukan? Baiki rumah yang 'lama' peruntukannya RM50,000. Tapi bagaimana pula boleh membina sebuah rumah 'baru', saya ulang - membina sebuah rumah 'baru' untuk 'Professor' itu hanya RM30,000? Apa kejadahnya wahai Hamidah?
Fakta salah dan fitnah semata-mata sila rujuk Sungai Rapat Online
ReplyDeletebukan untuk membela yb kat atas tu. tp kalau dengar betul2 dia cakap bukan baiki rumah sebijik rm50000 tapi sebijik rm5000.harap penulis cek dapat cek betul2 dulu sebelum post
ReplyDelete