Saturday, 18 February 2012

YB Hamidah buat hal kerana nama tidak tersenai sebagai calon

Banyak projek Midah ni...

Jahatnya Hamidah Osman. Bila sudah ada ura-ura exco kanan ini tidak tersenarai dalam PRU13 dia mula buat hal.

Pada masa PM turun untuk sambutan Tahun Baru Cina di Sitiawan dulu dia buat konsert Jamal Abdilah di Ipoh, sebagai gerakan sabotaj. Dia tahu kawasan itu penting kerana melibatkan dua kawasan parlimen Lumut dan Bruas. Jadi dia nak gagalkan sambutan rumah terbuka.

Bagaimanapun niat jahatnya gagal dan lebih 60,000 orang hadir. Terkejut beruk Hamidah, adiknya Zurah10 dan punasihat utamanya Parpukari peminum arak tegar itu.

Hari ini bila PM turun ke Gopeng sekali lagi Hamidah buat hal. Mula-mula dia janji dengan pemandu teksi untuk bagi kontrak mengangkut orang ramai ke majlis itu. Tetapi bila adiknya, Zurah10 gagal dapat komisen dari persatuan teksi, exco kanan ini menarik balik keputusan itu.

Bila pemandu teksi marah dan adakan demonstrasi, dia menyalahkan pegawai kerajaan dan menuduh mereka punca masalah itu. Padahal semua kerana Zurah10 tak dapat komisen. Orang tengahnya Parpukari yang terkenal di sekitar Ipoh sebagai kaki dangdut itu pun gila merapu sebab tak dapat bahagian dalam kegiatan itu.

Sebagai ketua wanita Umno Gopeng, dia mula mengugut Ketua Bahagian Hamzah Kassim yang tidak berapa cerdik itu dengan memulaukan program mengibat bendera Umno dan BN di kawasan majlis berkenaan.
Kononnya tanpa campurtangan dia dan Zurah10 program tidak akan berjalan lancar. Dulu Hamidah ni taklah sejahat macam ini, tapi dia dipengaruhi oleh adiknya Zurah10 atas nasihat Parpukari al-stout. Sekarang, Hamidah sanggup buat segala-galanya kerana dia tahu masa depan politiknya malap.

Ada tujuh kes SPRM yang menunggunya. Dia terpaksa mengugut untuk memastikan tiada tindakan diambil terhadapnya dan masih dicalonkan untuk PRU13.

Wednesday, 15 February 2012

Parpukari jadi beruk bila, proposal RM18 juta projek video ditolak


Parpukari kelam-kabut dan dah jadi beruk kena belacan bila dapat tahu proposalnya, projek video Tahun Melawat Perak ditolak oleh Tourism Perak.

Apa lagi dia mula menyerang Pengurus Besar Tourism Perak Ahmad Fathil. Dan seperti biasa dengan tangisannya Parpu menuduh Fathil merupakan halangan bagi Zurah10 dan Hamidah nak buat duit dari peruntukan RM18juta untuk program ini.

Seboklah si Zurah10 ni beriya-iya nak membuang Fathil dari tourism Perak. Kononnya Fathil tidak menerima arahan dari Midah, tapi lebih cenderong kepada menurut arahan Dato Setiausaha Kerajaan Negeri.

Di luar pulak Zurah10 dan Parpu sedang sebok menyebar fitnah kononnya Dr Zambri tak suka kepada Fathil ini dan sedang mengarahkan pegawai-pegawainya membuang Fathil.

Inilah strategi adu-domba Parpukari dan Zurah10 dalam menyamun peruntukkan TMP. Apa tidaknya baru 2 bulan 2012 tapi peruntukan RM18 juta itu separuh sudah digunakan. Kesannya kosong!

Pergilah ke Perak tidak ada terasa tahun ini merupakan tahun Melawat Perak.

Yang ada setakat billboard yang jelek dan langsung tidak menarik perhatian. Dengar-dengar cerita dari teman-teman di Perak Kontrak Billboard ini milik satu syarikat yg Zurah10 merupakan rakan kongsi tidur.

Yang ada program-program picisan yang kosnya berjuta-juta. Program exco-exco lain diberi kos serpihan kerana Zurah10 dan Parpu tak dapat komisen.

Tidak heranlah Zurah10 boleh beli alphard dan mercedez manakala Parpu pula dengan Camry barunya. Sebelum ini si buntal ni hanya mampu berkereta Iswara buruk yang dah nak kena tarik dua tiga kali.

Malang sungguh rakyat Perak, dipermainkan oleh Exco Kanan dan adiknya yang tamak haloba serta seorang blogger oportunist seperti Parpukari Stout.

Jika BN tewas di Perak inilah tiga orang punca rakyat jemu dan jelik dengan ketamak-halobaan mereka.

Tuesday, 7 February 2012

Siapa mangsa Parpukari seterusnya?


Sejak parpukari al-stout berhijrah ke negeri ini, keharmonian tergugat.

Selain dari menjadi pengadu-domba pemimpin UMNO negeri, si buntal ini mula memecahbelahkan wartawan-wartawan di Perak.

Dengan menggunakan portalnya yang dibayar RM80,000 sebulan oleh UMNO dia cuba mempengaruhi wartawan-wartawan di Perak.

Cita-citanya untuk menjadi setiausaha akhbar kepada MB. Itupun jika sugar mummynya Hamidah Osman menjadi Menteri Besar.

Di KL ini, dia sudah mula menyanyi yang Perak akan menjadi negeri pertama mempunyai MB wanita.

Parpu membodek Midah dengan menyatakan bahawa ADUN Sg Rapat ini punya peluang besar untuk jadi MB.

Si Buntal ini juga mendakwa dia ada hubungan rapat dengan Rosmah Mansur. Gambar-gambarnya dengan Rosmah dijadikan umpanan untuk menguatkan hujahnya.

Sasarannya untuk mengaut RM18 juta yang diperuntukan untuk Tahun Melawat Perak. Patutlah TMP 2012 hambar dan tidak ada kesan kerana sebahagian besar dari peruntukan ini digunakan untuk kegunaan peribadi Hamidah dan adiknya, Zurah 10.

Berbalik kepada perangai jahat si Parpu ini, dia mula dengan menyerang ketua biro berita harian dan wartawan-wartawan lain yang tidak mahu bersekongkol dengannya. Email layang serta blog yang memaparkan senarai musuhnya diedarkan oleh konco-konconya.

Terbaru dia sedang cuba memujuk sekupangdua yang mendedahkan skandal Nga Kor Ming. Dia lupa dulu dialah yang menyerang sekupangdua dengan mendakwa sekupang sebagai "blogger picisan yang bodoh" dan tidak layak sebagai blogger.

Hari ini bila sekupang mula terkenal, dia datang menghimpit. Khabarnya dia menelepon si sekupang ni saban hari mahu duduk semeja.

Takpa nanti kita sambung cerita tingkah laku si peminum stout ni di Perak dan kekasih-gelapnya Hamidah Osman bakal menteri besar ini.

Tuesday, 31 January 2012

Nizar bongkarkan rancangan sulit YB Hamidah



Tertarik dengan pada laporan Free Malaysia Today tentang temubual FMT dengan bekas MB Perak Nizar Jamaludin.

Di awal temubual, Nizar kata Zambry bukan pilihan utama untuk jadi MB tapi namanya dimasukkan di minit-minit terakhirnya.

Seterusnya Nizar berkata "Speculation prior to Zambry’s appointment had identified Hamidah Osman, the current Perak Tourism executive councillor, as Nizar’s replacement. (Spekulasi, sebelum perlantikan Zambry, Hamidah Osman, exco Pelancongan, telah dinamakan sebagai Menteri Besar)

Tiba-tiba nama Midah dipetik oleh Nizar, kenapa yer?

Sahlah maklumat yang diterima Midah telah mengadakan pertemuan sulit dengan Nizar, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Hotel Syuen baru-baru ini. Pertemuan ini diadakan selepas Midah diberitahu oleh Parpukari namanya tidak disenaraikan dalam senarai calon untuk PRU13.

Pertemuan itu diaturkan oleh adik Midah yang juga pegawai khas exco berpendapatan paling tinggi di Malaysia Zurah 10. Sudah pasti Ngeh dan Nga membayar Zurah10 bagi mengadakan pertemuan ini.

Midah yang memang pakar dalam hal-ehwal lompat melompat akan menggunakan kepakarannya untuk menyediakan tempat lompatan jika BN menang tipis dalam PRU13.

Midah juga perlukan kuasa untuk jual beli kerana dia tahu tujuh kes rasuahnya belum selesai lagi. Dalam tujuh kes ini, lima ada bukti yang kukuh dan tiga darinya melibatkan Zurah 10 secara terus.

Antaranya ialah billboard yang sampai kini Zurah 10 kutip RM15,000 sebulan.

Midah sekarang terpaksa berpaut pada mana-mana akar untuk selamat. Walaupun harta sudah berjuta dikutip melalui seorang usahawan muda yang menjadi runner dan penyimpan wangnya tapi dia masih takut dengan kes rasuahnya.

Sebab itu dia terpaksa berunding dengan pakatan pembangkang bagi membuka ruang yang besar untuk selamatkan dirinya.

Friday, 27 January 2012

Parpukari jilat Midah sebab duit $$$


Alaihai Parpukari....

Inilah tokoh yang melaga-lagakan pemimpin UMNO di Perak. Disebabkan YB Hamidah Osman dan adiknya Zurah10 membayar gaji bulanan yang mahal kepada parpukari, kedua-dua adik beradik ini mendapat pujian bagai nak rak.

Pada masa yang sama parpukari juga kutip wang perlindungan RM80k sebulan dari Zambry Abd Kadir menteri besar yang dibenci oleh Midah.

Parpukari pandai main selamat, sebelah kaki dengan Midah sebelah lagi dengan Zambry. Dengan Midah dia melaga-lagakan dengan Zambry. Depan Zambry, dialah yang baik, bijak dan handal dengan matlamat suci untuk menyelamatkan Perak.

Pada si Buntal ni, kalau Perak aman dia tak boleh cari makan seperti mana dia tak boleh cari makan di Kuala Lumpur.

Sebagai balasan budi baiknya Midah telah memberi parpukari pelbagai projek. Antaranya Konsert Maher Zain RM500,000, projek video Tahun Melawat Perak dan terkini lagi RM500,000 untuk World Drum Festival.

Parpukari inilah blogger terkaya di Malaysia hasil mengadu-domba pemimpin UMNO di Perak. Seperti biasa Zurah 10 kutip komisen.

Sebab itu pegawai khas exco pelancungan ini mampu pakai mercedes dan alphard.

Parpukari pulak sekarang bergaya dengan Camrynya hasil perbuatan adu-dombanya.

Tunggu yang lain akan menyusul tentang pertemuan Midah dengan Nizar Jamaludin. Untuk teaser baca kenyataan Nizar di Free Malaysia Today bagaimana bekas MB Perak ini memuji Midah bagai nak rak.

Ada apa-apa ke?

Sunday, 22 January 2012

YB Hamidah sabotaj program PM Najib


Dijangkakan kira-kira 50,000 orang terdiri daripada pemimpin negara dan orang awam dijangka hadir untuk memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 di Sitiawan, Perak, pada 28 Januari ini.

Namun sudah terdapat suara-suara yang menyatakan berlakunya sabotaj dari pihak dalaman pada perayaan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina tersebut.

Ini kerana semua pemimpin terutama dari parti MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan bersama-sama Perdana Menteri pada hari tersebut.



Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dikatakan bakal bertanding di Parlimen Beruas mencabar pemimpin dari DAP.

Cabaran tersebut sekali gus mengugat kedudukan orang kuat DAP iaitu Ahli Parlimen Taiping merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas yang juga ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham.

YB Hamidah sebelum ini telah mengadakan hubungan baik dengan kedua-dua pemimpin DAP tersebut (baca di sini) Hamidah belot kepada PM kerana namanya tidak disenaraikan pada PRU ke 13.



Dalam usaha Barisan Nasional (BN) mencari 40,000 ke 50,000 orang hadir di rumah terbuka Tahun Baru Cina, YB Hamidah pula mengadakan konsert terbesar Jamal Ibdilah di lokasi Ipoh, Perak pada 28 Januari ini.

YB Hamidah kini dilihat cuba mengugut dan sabotaj program PM dan BN Perak, macammana YB Hamidah hendak jadi calon, Zurah 10 dah jadi Midah 7?

Friday, 20 January 2012

Dari mana datangnya wang YB Hamidah yang sebegitu banyak?


Sekadar gambar hiasan... TOYOTA ALPHARD... jadi idaman semua... termasuklah insan biasa seperti ambo... angan-angan yang diharapkan suatu hari nanti menjadi kenyataan...

Posting  ambo kali ni mudah saja, tapi bak kata Tok Guru ambo GEMPAR BERAPI!!

Cuba jawab soalan di bawah?

1. Berapa gaji pegawai khas exco?

2. Bagaimana pegawai khas exco Perak mampu beli Alphard yang berharga RM 280K, down payment paling busuk pun 28K?

Setahu ambo, tangga gaji pegawai khas exco gred 27 dalam lingkungan RM 3K, bak kata Tok Guru ambo lagi PANAS BERAPI!

Macammana YB Hamidah mampu bayar Alphard sebulan RM 2600 untuk AGV 383?

Ini belum lagi termasuk kos-kos yang lain. Persoalannya di sini, dari mana YB Hamidah dapat duit yang sebegitu banyak itu? Bukan mahu menuduh tapi sekadar bertanya, ada songlap duit projek Visit Perak ka?