Saturday 18 February 2012

YB Hamidah buat hal kerana nama tidak tersenai sebagai calon

Banyak projek Midah ni...

Jahatnya Hamidah Osman. Bila sudah ada ura-ura exco kanan ini tidak tersenarai dalam PRU13 dia mula buat hal.

Pada masa PM turun untuk sambutan Tahun Baru Cina di Sitiawan dulu dia buat konsert Jamal Abdilah di Ipoh, sebagai gerakan sabotaj. Dia tahu kawasan itu penting kerana melibatkan dua kawasan parlimen Lumut dan Bruas. Jadi dia nak gagalkan sambutan rumah terbuka.

Bagaimanapun niat jahatnya gagal dan lebih 60,000 orang hadir. Terkejut beruk Hamidah, adiknya Zurah10 dan punasihat utamanya Parpukari peminum arak tegar itu.

Hari ini bila PM turun ke Gopeng sekali lagi Hamidah buat hal. Mula-mula dia janji dengan pemandu teksi untuk bagi kontrak mengangkut orang ramai ke majlis itu. Tetapi bila adiknya, Zurah10 gagal dapat komisen dari persatuan teksi, exco kanan ini menarik balik keputusan itu.

Bila pemandu teksi marah dan adakan demonstrasi, dia menyalahkan pegawai kerajaan dan menuduh mereka punca masalah itu. Padahal semua kerana Zurah10 tak dapat komisen. Orang tengahnya Parpukari yang terkenal di sekitar Ipoh sebagai kaki dangdut itu pun gila merapu sebab tak dapat bahagian dalam kegiatan itu.

Sebagai ketua wanita Umno Gopeng, dia mula mengugut Ketua Bahagian Hamzah Kassim yang tidak berapa cerdik itu dengan memulaukan program mengibat bendera Umno dan BN di kawasan majlis berkenaan.
Kononnya tanpa campurtangan dia dan Zurah10 program tidak akan berjalan lancar. Dulu Hamidah ni taklah sejahat macam ini, tapi dia dipengaruhi oleh adiknya Zurah10 atas nasihat Parpukari al-stout. Sekarang, Hamidah sanggup buat segala-galanya kerana dia tahu masa depan politiknya malap.

Ada tujuh kes SPRM yang menunggunya. Dia terpaksa mengugut untuk memastikan tiada tindakan diambil terhadapnya dan masih dicalonkan untuk PRU13.

Wednesday 15 February 2012

Parpukari jadi beruk bila, proposal RM18 juta projek video ditolak


Parpukari kelam-kabut dan dah jadi beruk kena belacan bila dapat tahu proposalnya, projek video Tahun Melawat Perak ditolak oleh Tourism Perak.

Apa lagi dia mula menyerang Pengurus Besar Tourism Perak Ahmad Fathil. Dan seperti biasa dengan tangisannya Parpu menuduh Fathil merupakan halangan bagi Zurah10 dan Hamidah nak buat duit dari peruntukan RM18juta untuk program ini.

Seboklah si Zurah10 ni beriya-iya nak membuang Fathil dari tourism Perak. Kononnya Fathil tidak menerima arahan dari Midah, tapi lebih cenderong kepada menurut arahan Dato Setiausaha Kerajaan Negeri.

Di luar pulak Zurah10 dan Parpu sedang sebok menyebar fitnah kononnya Dr Zambri tak suka kepada Fathil ini dan sedang mengarahkan pegawai-pegawainya membuang Fathil.

Inilah strategi adu-domba Parpukari dan Zurah10 dalam menyamun peruntukkan TMP. Apa tidaknya baru 2 bulan 2012 tapi peruntukan RM18 juta itu separuh sudah digunakan. Kesannya kosong!

Pergilah ke Perak tidak ada terasa tahun ini merupakan tahun Melawat Perak.

Yang ada setakat billboard yang jelek dan langsung tidak menarik perhatian. Dengar-dengar cerita dari teman-teman di Perak Kontrak Billboard ini milik satu syarikat yg Zurah10 merupakan rakan kongsi tidur.

Yang ada program-program picisan yang kosnya berjuta-juta. Program exco-exco lain diberi kos serpihan kerana Zurah10 dan Parpu tak dapat komisen.

Tidak heranlah Zurah10 boleh beli alphard dan mercedez manakala Parpu pula dengan Camry barunya. Sebelum ini si buntal ni hanya mampu berkereta Iswara buruk yang dah nak kena tarik dua tiga kali.

Malang sungguh rakyat Perak, dipermainkan oleh Exco Kanan dan adiknya yang tamak haloba serta seorang blogger oportunist seperti Parpukari Stout.

Jika BN tewas di Perak inilah tiga orang punca rakyat jemu dan jelik dengan ketamak-halobaan mereka.

Tuesday 7 February 2012

Siapa mangsa Parpukari seterusnya?


Sejak parpukari al-stout berhijrah ke negeri ini, keharmonian tergugat.

Selain dari menjadi pengadu-domba pemimpin UMNO negeri, si buntal ini mula memecahbelahkan wartawan-wartawan di Perak.

Dengan menggunakan portalnya yang dibayar RM80,000 sebulan oleh UMNO dia cuba mempengaruhi wartawan-wartawan di Perak.

Cita-citanya untuk menjadi setiausaha akhbar kepada MB. Itupun jika sugar mummynya Hamidah Osman menjadi Menteri Besar.

Di KL ini, dia sudah mula menyanyi yang Perak akan menjadi negeri pertama mempunyai MB wanita.

Parpu membodek Midah dengan menyatakan bahawa ADUN Sg Rapat ini punya peluang besar untuk jadi MB.

Si Buntal ini juga mendakwa dia ada hubungan rapat dengan Rosmah Mansur. Gambar-gambarnya dengan Rosmah dijadikan umpanan untuk menguatkan hujahnya.

Sasarannya untuk mengaut RM18 juta yang diperuntukan untuk Tahun Melawat Perak. Patutlah TMP 2012 hambar dan tidak ada kesan kerana sebahagian besar dari peruntukan ini digunakan untuk kegunaan peribadi Hamidah dan adiknya, Zurah 10.

Berbalik kepada perangai jahat si Parpu ini, dia mula dengan menyerang ketua biro berita harian dan wartawan-wartawan lain yang tidak mahu bersekongkol dengannya. Email layang serta blog yang memaparkan senarai musuhnya diedarkan oleh konco-konconya.

Terbaru dia sedang cuba memujuk sekupangdua yang mendedahkan skandal Nga Kor Ming. Dia lupa dulu dialah yang menyerang sekupangdua dengan mendakwa sekupang sebagai "blogger picisan yang bodoh" dan tidak layak sebagai blogger.

Hari ini bila sekupang mula terkenal, dia datang menghimpit. Khabarnya dia menelepon si sekupang ni saban hari mahu duduk semeja.

Takpa nanti kita sambung cerita tingkah laku si peminum stout ni di Perak dan kekasih-gelapnya Hamidah Osman bakal menteri besar ini.