Friday 18 November 2011

Panas! Pegawai khas exco Perak mahu pancung Pengarah Jabatan Negeri


Saya baru menerima sms daripada seorang teman yang tinggal di Perak.

Dalam smsnya, teman tersebut berkata,

Dengar khabar sorang daripada pegawai khas exco Perak sedang berusaha untuk menukarkan Pengarah Jabatan kerana enggan megikut cakap beliau bagi melakukan kerja puntuk menyelewengkan peruntukan di negeri Perak?

Pegawai khas exco Perak tersebut kini sedang sibuk mencari kesalahan dan menyiasat latar belakang pengarah tersebut di tempat lamanya.

Diberitahu Pengarah jabatan enggan mengikut arahan Pegawai Khas Exco tersebut kerana ianya melibatkan penyelewengan bagi peruntukan program besar tahun depan.

Cerita ini juga telah menjadi buah mulut rakyat negeri Perak. Pegawai khas exco ini dikatakan memiliki sebuah kereta mewah dan satu Perak tahu permainan jahatnya yang suka melaga-lagakan orang.

Siapa pegawai khas exco tersebut, tunggu nanti kami dedahkan lagi! Kepada Pengarah jabatan tersebut berhati-hatilah sebelum anda di pancung.

Kita tunggu dan lihat. Kebenaran pasti akan terbongkar.

No comments:

Post a Comment